Perusahaan Batu Nisan & Kepok Pusara Mohd. Azhar
BATU NISAN & KEPOK PUSARA
Perusahaan Batu Nisan Mohd. Azhar bin Hj. Sadan @ Hj. Adnan merupakan Pembuat Batu Nisan Bumiputera Sejak Tahun 1990 dan telah mendapat liputan meluas dari pelbagai media massa seperti Warta Perdana, Harian Metro, Majalah Madani, Majalah Emosi serta sebuah rencana berkenaannya telah disiarkan di RTM1. Perusahaan Batu Nisan kami beroperasi di Lot 683, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor
Apa itu Batu Nisan dan Kepok Pusara?
Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.
Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.
Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Kebanyakkan batu nisan bagi perkuburan Islam diperbuat daripada Terrazo, Batu Marmar (Marble) dan Kayu Cengal. Catatan pada batu nisan amat berguna bagi ahli sejarah dan ahli keluarga (salasilah).
Bagi umat Islam tedapat perbezaan diantara batu nisan seorang lelaki dan perempuan. Bagi nisan lelaki biasanya ia berbentuk bulat ataupun empat segi (lihat gambar di sebelah kiri) manakala bagi perempuan berbentuk leper/pipih (lihat gambar di sebelah kanan) .

Kepok pula merupakan satu binaan kecil yang di bina di atas liang lahad seperti makam bagi menandakan sesebuah pusara. Kini terdapat banyak kepuk jenis pasang siap telah digunakan secara meluas di tanah perkuburan Islam.
Manfaat Pembinaan Kepok (jenis pasang siap) di Pusara:
- Supaya tidak dilangkah
- Mengikut saiz luas liang lahat
- Boleh dibuka kembali
- Mudah dilihat
- Kaedah yang mudah & praktikal
- Sebagai kenangan abadi
- Maqam bagi Jasad
Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini, kami menjemput anda untuk menjadi ejen ataupun wakil pemasaran bagi pihak kami. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Pembuat Batu Nisan Bumiputera Sejak Tahun 1990